Friday, November 11, 2011

saya makan, saya telan

pandai buat pandailah tanggung.

Senang ja kot nak faham konsep tu. tapi kadang-kadang aku tak paham dengan orang yang suka sangat buat sesuatu perkara, pastu dok complaint. Tak kisah la apa pon benda tu. U name it. Contohnya, suka makan, pastu dok complaint berat bertambah-tambah.Tak pon, suka dok buat gedik pastu dok bising-bising apasal orang panggil dia gedik. heh! menyampah tau. Dok komplain-kom plain dekat fb. Selang seminit ada je status tak puas hati orang cakap itu, orang cakap ini. Mulut orang memang kita tak leh tutup, tapi kalo kita tak buat benda tu, takkan lah orang nak kata. :) [fitnah kes laen]

kalo takdak angin, takkan lah pokok nak goyang.

peribahasa orang dulu-dulu memang superb. betul aja. ok, orang boleh cakap, tak semestinya sebab angin. Maybe ada monyet dok melompat-lompat atas pokok tu. Tak pon ada orang dok tolak-tolak pokok tu. Nak lagi hebat, maybe ada gempa bumi. Semua tu boleh buat pokok bergoyang-goyang tanpa ada kehadiran angin. Ya, memang betoi. Kalo fikir betoi-betoi, sama ja semuanya. Angin, monyet dan orang, semua tu faktor luaran. Bukannya berasal dari pokok tu sendiri. So kesimpulan nya, jangan lah jadi pokok.

err..tetiba tak berupaya nak sambung ayat. tadi punya la banyak nak tulis. bila dah start taip, terus lupa :(


No comments: